Gum Arabic Al-Manna
Apakah pula al-Manna?
Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud Getah Arab atau bahasa Inggerisnya Gum Arabic.
Ia dikatakan menjadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat. Dalam Tafsir Ibnu Kathir, Ibnu Abbas mengatakan bahawa al-Manna diturunkan ke atas pokok.
Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya.
Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata. Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun" (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah.
Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali As-Samghu sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan lain-lain.
Sebenarnya, tanpa kita sedari, apabila kita minum coca cola kita telah minum gum arabic, tetapi jumlahnya amat sedikit dan dicampur dengan kandungan gula yang terlalu tinggi sehingga ia tidak bermanfaat untuk kesihatan. Begitu juga gum arabic yang dicampur dengan pelbagai makanan dan minuman lain, seperti kopi dan lain-lain, ia juga mempunyai manfaat sebagai prebiotik dan lain-lain manfaat, tetapi untuk kegunaan secara khusus untuk manfaat kesihatan yang bermasalah, minum bancuhan gum arabic 100% adalah lebih baik.
Gum Arabic atau Al-Manna ini sangat baik dimakan oleh pesakit buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman pengamalnya, ia juga dapat menjaga buah pinggang daripada rosak atau semakin rosak akibat penyakit kencing manis atau darah tinggi dan bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama. Ia dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang sepenuhnya. Ia juga sangat baik sebagai prebiotik dan dikatakan ia lebih baik daripada insulin.
Gum Arabic amat berkesan untuk buasir; minum 2 kali sehari dan sapu pada tempat yang bengkak. Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, mengawal gout (lebih berkesan jika diminum dengan bancuhan air rebusan daun pandan atau roselle), sembelit, dan mengatasi masalah asid urik berlebihan dan lain-lain manfaat untuk kesihatan dengan izi Allah Ta'ala.
Anda boleh search testimoni pengguna-pengguna yang telah berjaya memperbaiki masalah kesihatan mereka dengan izin Allah Ta'ala melalui penggunaan gum arabic. Yakinlah, yang mampu menyembuhkan penyakit hanya Allah Ta'ala, bersaha untuk berubat adalah merupakan tuntutan Islam dan mendapat pahala di sisiNya.
Kenapa perlu minum Serbuk Al-Manna (Gum Arabic)?
- Penawar pelbagai masalah kesihatan.
- Prebiotik Semulajadi
- Diimport eksklusif dari Sudan
- Gred terbaik
- 100% asli dan HALAL
- Tanpa bahan pengawet
Minum serbuk Al-Manna (Gum Arabic ) dapat membantu merawat dengan izin Allah:
- Muka berjerawat dan bermasalah.
- Kegemukan / Obesiti.
- Darah tinggi.
- Kencing manis.
- Kolesterol tinggi.
- Batu karang.
- Masalah perut seperti gastrik
- Gout
- Sembelit.
- Kerosakkan buah pinggang
- Buasir
- Cirit-birit.
- Lumpuh atau stroke.
- Kanser prostat / lain-lain kanser.
- Masalah cepat demam.
- Masalah saraf.
- Lemah / kurang tenaga
- Menguatkan antibodi melawan pelbagai penyakit.
- Sakit sendi
- Lemah syahwat (mati pucuk )
MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA
Gum Arabic ada 2 jenis, Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Gum Arabic juga kadangkala dipanggil Gum Acacia. Di anatara dapatan kajian mengenai Gum Arabic adalah :-
- The US Food and Drug Administration (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat.
- Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) &World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.
- Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.
- Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baikprebiotik, bakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
- Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996) dalam American Journal of Clinical Nutrition, melaporkan bahawapesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogennajis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakanhanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkanuraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itumeningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulanmembuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkankesan buruk CRF.
- Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.
- Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda.
- Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.
- Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.
- Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah. Saya secara peribadi bependapat bahawa keberkesanannya berbeza bagi sebahagian orang.
- Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia dan haiwan. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan sebanyak 30-50 gram sehari.
- Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.
- Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata,penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain.Saya suka menginggatkan pengguna bahawa keberkesanannya mungkinberbeza bagi sebahagian orang.
- Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. Saya berpendapat, anda harus mencuba untuk melihat keberkesanannya kepada anda, janggan hanya percaya kepada dakwaan, kerana keberkesanannyamungkin berbeza bagi sebahagian orang.
- Bagi pesakit kencing tidak lawas, sakit saluran kencing dan buasir, minum bancuhan 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur dan 25 gram Gum Arabic pada waktu pagi sebelum sarapan, dapat menyembuhkannya dengan izin Allah.
- Minum 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur untuk membuang toksin dalam badan dan ia dikatakan dapat menghalang daripada kanser kolon.
- Laman web http://inrfood.com/ menyatakan Gum Arabic selamat diminum oleh ibu mengandung.
CARA PENGGUNAAN
MASA MAKAN:
- Waktu pagi semasa perut masih kosong, sebaik-baiknya 2 jam sebelum sarapan. Jika mahu berpuasa, ambil waktu sahur.
- Waktu malam sebelum tidur.
CARA BANCUHAN:
- 2 sudu makan dibancuh dengan segelas (250ml atau lebih) air biasa (bukan air panas atau disejukkan dalam peti ais)
- Jika anda mahu hadkan meminum air kepada 500 ml sahaja sehari, bancuh 1 sudu gum arabic dengan 100 ml sehingga 150 ml air sahaja.
CARA MEMBANCUH GUM ARABIC:
- Ambil shaker atau botol air yang kering, masukkan gum arabic, kemudian masukkan air goncang hingga larut, jika sukar larut, biarkan ia terendam dalam air 45 hingga 60 minit barulah goncang semula.
- Bagi gum arabic ketulan; Untuk minum waktu pagi, rendam ketulan gum arabic dalam air pada waktu malam, waktu pagi barulah kacau sehingga larut. Untuk minum waktu malam pula, rendam dalam air pada waktu pagi, waktu malam barulah kacau sehingga larut dan diminum.
Minum 2 Sudu Penuh Sudu Makan dibancuh dengan 250 ml air. Jika Doktor menasihatkan supaya pengambilan air dikurangkan, bancuh dengan 75-150 ml air sahaja.
Bagi semua penyakit termasuk pesakit buah pinggang, semasa minum air bancuhan Gum Arabic, makan juga 1 sudu teh Habbatus Sauda' atau 1-3 biji kapsul Habbatus Sauda' (kecuali Doktor melarangnya), kerana Habbatus Sauda' dapat menyembuhkan banyak penyakit seperti disebut di dalam Hadis Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam.
Gabungan kebaikan Habbatus Sauda' dan al-Manna atau Gum Arabic ini, Insya' Allah, dapat memulih dan memelihara kesihatan kita supaya kita dapat beribadat dengan lebih tekun dan selesa.
Cadangan penggunaan untuk pesakit:
· Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialysis, stage1 -5, Ambil 2 sudu makan setiap pagi semasa perut kosong dan 2 sudu lagi pada waktu malam sebelum tidur.
· Untuk resdung, sinus dan mudah selsema, minum 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur. Remaja 1 sudu makan dan kanak-kanak 1 sudu teh.
· Untuk gout, buasir & sembelit: 2 sudu, 1 atau 2 kali sehari; setiap pagi semasa perut kosong, digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 25 gram hingga 50 gram sehari. Bagi buasir & sembelit lebihkan air. iaitu 300ml atau lebih. Bagi gout, boleh rebus pokok pandan, iaitu daun serta akarnya sekali, kemudian biarkan sejuk, ambil segelas air rebusan yang telah sejuk tadi dan dibancuh dengan gum arabic.
· Untuk menurunkan kolesterol: 2 sudu pagi dan 2 sudu malam(check paras kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna tidak begitu berkesan dalam penurunan kolesterol dengan gum arabic).
· Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu penuh sudu makan semasa perut kosong waktu pagi, iaitu 10 hingga 20 gram sehari.
· Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
· Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.
· Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.
· Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) . Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.
· Untuk buasir: 25 gram dimakan 2 kali sehari pagi dan malam.
· Untuk batuk: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan.
· Gum Arabic merupakan makanan tambahan yang baik untuk bermacam-macam penyakit, anda boleh mencuba bagi penyakit-penyakit lain. Dapatkan nasihat doktor jika anda menghidap penyakit kronik.
· Seorang pakar perubatan herba cina memberitahu saya; cara yang paling berkesan untuk rawatan penyakit buah pinggang dengan gum arabic adalah dengan cara berikut:
- Rendam roselle kering 2 hingga 3 gram (atau lebih kurang 7 hiris, jika ada gastrik gunakan 3 hiris sahaja, tetapi jika sakit gastrik berulang, berhenti minum rosalle) dalam air panas, kemudian biarkan sejuk.
- Setelah sejuk, air rendaman roselle diambil setelah dibuang rosalle yang telah direndam tadi, kemudian dibancuh air tersebut dengan 2 sudu gum arabic.
- Dicampur 1/2 sudu teh molasses (jika ada sakit kencing manis, molasses tidak perlu dimasukkan atau masukkan 1/4sudu teh).
- Molasses adalah gula merah yang kehitaman, ia boleh didapati di kedai yang menjual barangan organik. Perhatian: Pesakit tekanan darah rendah & pesakit gastrik tidak boleh minum roselle.
- Jangan makan roselle, minum air rendamannya sahaja.
- Tiada laporan kesan sampingan walaupun Gum Arabic dimakan dengan banyak. Jika ada tanda-tanda anda tidak sesuai minum Gum Arabic, seperti sakit pinggang yang kuat dan lain-lain, berhenti minum Gum Arabic.
- Jika anda ada masalah kesihatan untuk makan Gum Arabic, dapatkan nasihat doktor anda.
- Pengambilan Gum Arabic menyebabkan mudah buang air besar dan pembuangan angin pada peringkat awal pengambilannya.
- PERHATIAN -
SELEPAS BUKA BUNGKUSAN, SILA SIMPAN DI DALAM BEKAS YANG KERING DAN BERTUTUP RAPAT
Peringatan:
- Patuh nasihat doktor anda. Jangan berhenti makan ubat-ubatan yang diarahkan oleh doktor kecuali atas nasihat doktor.
- Bagi pesakit buah pinggang dinasihatkan agar jangan minum susu, atau makan makanan atau minuman daripada produk tenusu, hadkan pengambilan makanan berprotien, kecuali dalam kadar yang disyorkan oleh doktor, jika anda terus minum susu, makan produk tenusu dan tidak mengawal pengambilan protien, anda hampir pasti akan gagal megatasi masalah buah pinggang anda, anda seolah-olah menyekat aliran sungai dengan tapak tangan.
- Jika anda makan antibiotik amoxcillin, makan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum atau selepas makan gum arabic (gum arabic menghalang penyerapan amoxcillin menyebabkan ia tidak berkesan sebagai antibiotik).
- Pesakit yang perlukan dialisis teruskan dialisis, dialisis diteruskan semasa makan al-Manna ini, jangan berhenti dialisis kecuali atas nasihat doktor.
- Bagi pesakit kronik dinasihatkan dapatkan nasihat doktor.
TESTIMONI
Antara testimoni keberkesanan Gum Arabic Al-Manna
Tak perlu dialisis
Membantu Masalah Buasir
Dapat Selesaikan Masalah Sembelit
*DISCLAIMER :Testimoni ini adalah pengalaman pengguna sendiri. Kesan adalah berbeza kepada individu
GUM ARABIC
1 kotak 10 pek, 1 pek 150 gram (powder)
Kalau Anda Bank In Sebelum Pukul 12.00 Tengahari,
Akan Sampai Pada Anda
Paling Lewat 2 HARI Bekerja Untuk Sem. Msia
4 HARI Untuk Sabah & Sarawak
Kami Akan Beri Tracking Number
Selepas Postage
GUM ARABIC AL-MANNA
1) Bank In Ke Akaun Saya:
CARA PEMBELIAN
Bank: Maybank
Penama: xxx xxxxxx xxxxx xx xxxxx
No Akaun: xxxxxxxxxxxx
Bank: CIMB Bank
Penama: xxx xxxxxx xxxxx xx xxxxx
No Akaun: xxxxxxxxxxxxxx
Sebarang Pertanyaan dan Tempahan
Hubungi Kami di SMS/WHATSAPP
NAMA PRODUK HANTAR KE +60XXXXXXXXX
NAMA PRODUK HANTAR KE +60XXXXXXXXX
Untuk Mendapatkan
GUM ARABIC AL-MANNA
RM25.00 (SM) / 150g / 1 Pek
RM30.00 (SS) / 150g / 1 Pek
TERMASUK POSTAGE
DIJAMIN ORIGINAL
============================
Untuk Menjadi Ejen
GUM ARABIC AL-MANNA
RM180.00 (SM) / 1.5kg / 10 Pek
RM190.00 (SS) / 1.5kg / 10 Pek
TERMASUK POSTAGE
DIJAMIN ORIGINAL
============================
TERIMA KASIH
Terima kasih kerana membaca GUM ARABIC AL-MANNA